MY VVIP


Sunday, February 26, 2012

Luahan Hati

Betapa hati ini sakit dan sedih kerana seorang kawan yang tak memahami.

Semalam yang belalu bagaikan angin yang memupuk lembut ke tubuhku,
Terasa kesejukan yang mendamaikan hati,
Walaupun hakikatnya aku marah..
Tapi aku harus banyak bersabar dan bertenang..
Semoga Allah tabahkan hati dan memberi aku kekuatan.

Kadang2 aku terfikir..
Kenapa aku yang dipilih untuk melalui semua ini??
Jujur aku katakan
Hatiku sakit sangat.....

Wednesday, February 22, 2012

PELANGI: AWAK SUKA SAYA TAK : MELUR JELITA

PELANGI: AWAK SUKA SAYA TAK : MELUR JELITA: Saya merupakan salah seorang peminat novel ni. Jalan cerita yang begitu menarik dan banyak info yang amat bagus. Sampai hari ini hati saya m...

AWAK SUKA SAYA TAK : MELUR JELITA

Saya merupakan salah seorang peminat novel ni. Jalan cerita yang begitu menarik dan banyak info yang amat bagus. Sampai hari ini hati saya masih berdebar2 bila teringatkan watak Hilman Yong. Betapa sempurnanya watak itu, dan penulisnya telah menterjemahkan dengan begitu baik sekali.

Dan ada satu babak yang sentiasa saya ingat dan percaya semua mereka yang bertudung perlu ambil berat iaitu dimana sewaktu watak Intan bertemu dengan ibu Hilman Yoong, dimana ibu Hilman meminta Intan membuka tudung kerana ingin melihat rambut Intan, secara simboliknya pada pandangan saya betapa kita yang memakai tudung perlu menjaga kebersihan rambut dan kepala. Cuba bayangkan jika ketika Watak Intan membuka tudung dan ketika itu rambutnya berbau hapak dan tidak terurus. Bagaimana persepsi yang boleh kita buat? pasti semua dah tahu kan?

Jadi banyak pengajaran yang ada dalam novel ASST samada secara langsung @ tidak langsung...

Sila beli Novel ni hokay...sangat bebbaloi memilikinya...(siap promo lagi)

sesiapa berminat sila jumpa Mr. Google untuk cari maklumat..

Sunday, February 19, 2012

KALAULAH MASA BOLEH DIULANG SEMULA

HIDUP NI KADANG2 AMAT MEMBOSANKAN DAN AMAT MENGUJI KESABARAN. ORANG2 SEKELILING HANYA MAMPU MELIHAT TAPI ITU TAK SAMA DENGAN KITA YANG MENANGGUNGNYA.