Sunday, June 10, 2012
Puisi buat SahaBat.
Cerita hati memang sukar untuk kita mengerti
Bermula dengan selangkah demi selangkah
Mencorak hari-hari yang entah bila noktahnya
Namun kita perlu kuat dan tabah
Kenangan kelmarin memang indah
Tapi hakikat pada hari ini dan detik ini
Harus kita fikirkan
Bagaimana untuk kita mencorak hari-hari esok
Daku sentiasa ada untukmu
Sentiasa sedia menjadi sahabat suka dan dukamu
Sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu
Ingin mengambil tahu setiap derap langkahmu
Janganlah rasa terpinggir
Kerana sekali tersilap langkah
Masih ada ruang-ruang lain untukmu berubah
Dan pastinya sebagai sahabat yang baik
Daku akan sentiasa bersamamu
Berubahlah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
smg kite terus menjadi shbt yg baik.. sentiasa mendoakan sesama kiter... <3
Post a Comment