MY VVIP


Sunday, June 10, 2012

Puisi buat SahaBat.

Cerita hati memang sukar untuk kita mengerti Bermula dengan selangkah demi selangkah Mencorak hari-hari yang entah bila noktahnya Namun kita perlu kuat dan tabah
Kenangan kelmarin memang indah Tapi hakikat pada hari ini dan detik ini Harus kita fikirkan Bagaimana untuk kita mencorak hari-hari esok
Daku sentiasa ada untukmu Sentiasa sedia menjadi sahabat suka dan dukamu Sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu Ingin mengambil tahu setiap derap langkahmu
Janganlah rasa terpinggir Kerana sekali tersilap langkah Masih ada ruang-ruang lain untukmu berubah Dan pastinya sebagai sahabat yang baik Daku akan sentiasa bersamamu
Berubahlah…

1 comment:

LadyBird said...

smg kite terus menjadi shbt yg baik.. sentiasa mendoakan sesama kiter... <3